besarnya jiwaku

Al-Fatihah Buat Adriana Syifaa’

Salam semua. Blog aku update kali ini membawa cerita yang sedih. Ya, syawal tahun lepas kami sekeluarga telah menyambut raya dengan gembira setelah lahirnya anak ke-5 kakak aku yang no.2 yang aku panggil Kak Eja. Akak aku sebelum ini mempunya 2 orang anak perempuan, dan anak ketiga terpaksa digugurkan atas nasihat doktor dan keizinan ibuku. Dan anak keempat pula lelaki. Dan yang baru lahir Syawal lepas yang ke-5 paling bongsu.

Tetapi kegembiraan kelahiran anak kecil itu hanya seketika apabila doktor mengesahkan ada yang tidak kena dengan jantung anak kecil itu. Manusia normal mempunyai 4 injap jantung untuk mengepam oksigen dan darah keseluruh tubuh. Tetapi, anak kecil yang diberi nama Adriana Syifaa’ yang bermaksud “penyembuh” itu mempunyai 3 injap jantung. Dimasukkan ke wad ICU buat beberapa hari dan kemudian dinasihatkan untuk dibawa pulang ke rumah.

Kak Eja tinggal di Bintulu, Sarawak, 3 jam dari Miri, Sarawak tempat tinggal kami sekeluarga. Doktor tidak mampu berbuat apa-apa. Jika jantung berlubang, boleh dibedah dan ditampal. Tetapi jantung yang tidak lengkap, hanya Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah setelah beberapa hari dibawa ke rumah, Adriana Syifaa’ bernafas seperti biasa.

Ketika aku di Miri untuk pulang berhari raya. Ibuku bergegas mengajak aku ke Bintulu untuk melihat anak buahku paling bongsu itu, dan cucu paling bongsu ibuku. Aku berkesempatan menatap wajahnya. Tetapi untuk mengambil gambar bersamanya. Aku tak sanggup. Aku tahu dia sakit. Sakit yang boleh dianggap kritikal. Aku sudah memikirkan bukan-bukan. Bagaimana anak kecil itu dapat teruskan hidup dengan jantung yang tidak sempurna? Bagaimana jantungnya yang kurang lengkap boleh menampung kehendak fizikal badan yang makin membesar dan dewasa??? Read more…

posted by deennasour in Peribadi, alkisah my journey and have Comments (2)

Selamat Menyambut Hari Jadi Yang Ke-??????

Peff lama tak update blog. Malas sebenarnya. Ye ah sejak blog lama under hosting terbaek dah and tukar hosting, semua entrt2 post kat blog tu hilang punah ranah. cuma entry2 dari blog lama under blogspot je dapat balik. tak ke down gile bab. Luntur semangat. Memang tak nak ingat yang lama, tapiiii, cam tak best plak.

Ok, back to the topic. 4 Februari 2010 hari tu ulang tahun aku yang ke-22. oh my god! dah tua. makin tua. Tapi muka masih maintain you. Petua?? makan tempe, bak kata Khir Toyo. haha.

Kalau tahun 2008, tahun paling best sebab aku dapat banyak hadiah, tak pernah dapat hadiah banyak before tuh. And tahun 2009 pulak birthday yang paling best sebab member satu batch aku kat ofis sambut birthday aku kat KTV Ampang. siap kek, keropok, air kotak, makan2 sambil nyanyi2. terharu gile.

And tahun ni pulak. Seawal pukul 12 a.m awek aku dah sms. Ada gak yang sms awal and try to call. tapi rasanya satu pun panggilan aku tak jawab, sebab tepat pukul 12 tgh malam tu aku masih lagi buat editing kat ofis. masa tu aku tengah rakam latar kata untuk dokumentari DYMM Negeri Sembilan. Penat gile aku boleh buat rakaman sampai tertdo2.

Actually 4 Februari aku nak ambik cuti, tak nak keje, sebab ura2 awek aku kata dia nak turun kl. But then, tak jadi. Feh, nasib baek aku tak teruskan plan ambik cuti. so aku turun keje. Ramai lah yang dok wish2…… and tak sangka plak tahun 2010 antara tahun paling best birthday aku. Sebab???? jeng3. Read more…

posted by deennasour in alkisah my journey and have Comments (13)

Sambung Belajar

Sebelum tu, baca dulu sejarah pendidikan aku ni;

Actually dalam planning hidup aku sejak tahun 2004, aku akan menyambung pelajaran dalam bidang diploma penulisan skrip, atau seni persembahan. Dan aku menolak habis-habisa untuk menjadi cikgu seperti yang disuruh oleh mak ayah aku. dah cukup 3 orang kakak aku jadik cikgu dalam pelbagai peringkat persekolahan.

Tapi lepas keputusan spm keluar, ya ya aku hanya cemerlang teramat dalam subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. So, gagal untuk menempatkan diri dalam mana2 ipta mahupun institut perguruan. Aku tak ada nafsu untuk try second intake. Aku cuba untuk beralih kepada ipts seperti Kolej PTPL yang agak glamour mencari student pada 2006 itu.

Tapi, keluarga aku bukan jenis orang yang senang lenang je nak membuang duit yang amat banyak untuk mmbayar yuran ipts yang sah-sah la berpuluh beribu-riban. Sampai satu masa aku stress tak nak masuk tingkatan 6 dan lari dari rumah untuk satu malam. Lari tak jauh, ke sekolah aku, lepak dengan cikgu teater aku. Masa tu junior2 aku tengah berlatih nak masuk pertandingan sketsa. Hoh, agak sedih gak ah masa tu. tengok orang pun cam nak makan orang.

Read more…

posted by deennasour in Peribadi, alkisah my journey and have Comments (16)

Ulasan Filem : Muallaf

“Semua orang mencari Tuhan, tetapi dengan cara mereka sendiri” ….. Brother Anthony.

“109:6″~Al-Kafirun ayat 6 – “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.

p/s : Entry terpanjang pernah aku tulis. Kalau malas jangan baca. Kalau rajin, jangan sampai terlepas satu ayat!

Ayat di atas antara ayat yang paling melekat atas kepala hotak aku dan menyebabkan tangan aku kuat untuk menaipnya di dalam handphone buat tatapan korang  juga yang belum sempat menontonnya.

Tak banyak filem Melayu yang bertemakan Islam di Malaysia, walaupun Malaysia sebuah negara Islam. Antara yang pernah diterbitkan, Syukur 21, Maut dan itu sahaja yang aku ingat. Filem dari seberang, Ayat-Ayat Cinta, Laskar Pelangi. Tapi selepas tayangan Muallaf dan aku menontonnya, andai kata ada filem lain hebat dipandangan mata korang, ternyata bagi aku Muallaf mencantas kesemua filem-filem itu. Aku merasakan Laskar Pelangi antara filem yang membawa mesej Keislamanan dengan amat lembut dan tersimpul rapi sehingga berjaya menang Anugerah Filem Terbaik baru2 ini. Tetapi selepas menonton Muallaf, ternyata aku merasakan naskah Allahyarham Yasmin Ahmad yang ini, adalah yang paling baik. Read more…

posted by deennasour in Kaki Wayang and have Comments (29)

Kerana P1 W1max SLOW dan TAK BAGUS

Perhatian!! Aku adalah pengguna p1w1max di Damansara dengan pakej home plus dengan bayaran rm99/sebulan!!

Masalahnya skang, dah 2 bulan aku guna P1w1max ni, tahap connection internet nya memang tak pernah aku puas hati tahap gaban sampai 80% sekurang2 nya. Laju pun, lepas tuh, slow balik, laju kejap, slow balik. Dan kat bawah ni antara masalah2 yang aku hadapi sepanjang menggunakan P1w1max! ;

1. Masalah untuk upload gambar.

Download speed P1w1max selama 2 bulan ini memang aku tak komplen. Dalam pakej 1.2mb/s. dan memang betul bila cek kat speedtest.net memang 1.2mb/s atau kurang2 pun 0.80mb/s atau paling kuat pun 1.40mb/s. tapi aku bukan kaki download! dalam seminggu mungkin aku download, 2,3 lagu mp3, 2,3 buah video dari youtube yang saiz nya memang ciputlah sangat. Memang tak luak kuota yang p1w1max bagi kat aku. memang tak luak.

Tapi masalahnya, Read more…

posted by deennasour in Uncategorized and have Comments (22)