besarnya jiwaku

Archive for July, 2009

Filem :: Setem

Thanks to Ajami jemput ke press preview Setem di Gsc Tropicana City Mall. and thanks to Pak Hassan Mutalib bagi aku info lama fasal Filem Negara. *aku dah tau rahsia tempat aku keje. jeng3.

Setem, jilat, lekat,pos.

Sebab filem ini arahan,cerita asal,lakon layar ialah  Kabir Bhatia, makanya, filem ini khabarnya indah, baik,molek, semestinya gempak, walaupun belum ditonton. Semua orang kata tak sabar nak tengok. Dan semua orang bilang mesti citer ni best!! citer ni lain dari yang lain.

Dan apabila menontonnya, bagi aku, biasa-biasa saja. (mampus aku kena ban dari press preview lepas nih)

Wah, bagi aku, antara 3 filem arahan Kabir, filem Cinta adalah terbaik, diikuti Sepi dan terakhir Setem.(sekarang aku tak perlu preview panjang2, sebab melalui hint ayat2 yang aku bagi, kau semua sudah boleh berfikir status filem ini dijiwaku.*eceh)
Read more…

posted by deennasour in Kaki Wayang and have Comments (30)

Birotatanegara [btn]

Apa kejadahnye mende kat atas tuh? Kalau korang pekerja kerajaan, atau pelajar ipta, mungkin dah familiar dengan menda yang digelarrrr BTN nih. atau nama nama panjangnyees birotatanegara lah. menda ni adalah antara aktiviti time kat universiti or menda wajib bagi kakitangan kerajaan yang nak naek pangkat. so aku antara orang2 yang tersenarai namanye untuk join kursus btn nih tempoh hari. seminggu lebih yang lepas. kenapa aku lambat update? sebab almaklum, kursus nih berlangsung 5 hari. so, gua sudah kasi berhabuk gua punya meja kat ofis 5 hari, makanya, bos gua pun sudah gatal tangan mau kasi gua fail projek yang baru. so dalam tempoh gua sedang menulis blog nih, gua ada 2 projek besar lah jugak. kalau gua tak siapkan, mampos tak ada orang datang sambutan merdeka taun nih.

aku tak nak cerita panjang pasal kursus. overall kursus pasal kenegaraan. cintakan negara, dan yang paling penting PRO-KERAJAAN. dan mulai dari kursus ini, aku sudah kenal siapa itu Anwar Ibrahim. Maka, secara tidak langsung saya menyeru kalian2 semua, supaya memberi sokongan kepada barisan pemimpin kerajaan kita hari ini yang diketuai Dato’ Seri Najib Tun Razak yang hensem lagi bijak sana itu. *tiba2 daku bercerita politik.

Ya udah. Pendek kata, deennasour di dalam kursus itu adalah seorang yang poyo [nih dak nama yen dok ulang2 kata aku poyo], cina sesat [ni fasilitator kumpulan aku dok kata aku ni cina, and dok kata jangan lupa yang aku ni melayu], kaki posing bergambar tak hengat dunia [ni diakui oleh insan2 yang bwk kamera, kamera diorang confirm ada muka aku.keh keh keh]

So, tatapinlah wajah deennasour yang korang rindui nih. tau la aku dah jarnag on9. ilek la, gua tgh bina empayar nak buat filem ganti Yasmin Ahmad. Read more…

posted by deennasour in Peribadi and have Comments (20)

Filem : Skrip 7707

Apabila ada ura-ura yang kata filem ni dah ditunda 2 tahun tayangannya, sebab sepatutnya filem ni di tayangkan pada 7 hb 7 tahun 2007, aku gelak terkekeh2.

Dan bila dapat tahu yang ada student pengarah nih, dan penonton the making of filem ini menyatakan bahawa filem ini adalah antara filem Prof. A Razak Mohaideen yang terhebat; aku terkedu sambil berkata; waaaaaaaaaa..hebat la. tapi itu semua sewaktu aku belum menonton filem ini. dan selepas menontonnya,

ternyata secara kesimpulannya filem Skrip 7707 adalah seperti sebuah karya assignment budak U jerk. *semestinya aku disumpah seranah oleh kaum kerabat Mohaideen sebab keluarkan kenyataan panas nih.

Dan mungkin kenyataan kat atas tu dah cukup buatkan korang malas nak baca entry ni lagik ataupun ke panggung wayang untuk menonton filem ini. tetapi untuk menambah asam garam review aku ini, suka aku katakan yang filem ini antara filem Prof.A Razak Mohaideen yang tak lah sebodoh atau sekosong filem2 yang lepas terutama sekali Sifu Dan Tongga.

Filem ini mudah, aku dapat bayangkan ketika penulis skrip filem ini sedang menulis dan mencoret ilham, beliau sedang bergoyang kaki sambil menhirup kopi dan tada!!! skrip pun siap!! sebab?? Read more…

posted by deennasour in Kaki Wayang and have Comments (33)

P1 W1max : mereka fikir mereka bagus.

Gua geram gile denga p1w1max. seriusly,selama gua merempit kat internet pakai maxis broadband puun tak ada lah selembab cam siput. kurang2h  pun lembab cam kura2 je. tu pun masih gua boleh bersabar beb. pakai p1w1max gua betul2 ilang sabar.

yang maxis tu boleh terima sbb gua pakai pakej basic. modem besar zte tuh. yang pakai baling anjing pun confirm retak tengkorak. nih p1w1max aku pakai home plus bebeh. home plus!!!!!!!

korang bayangkan tahap kegeraman aku masa tunggu nak loading satu2 website tuh punya lama boleh sembahyang maghrib, baca doa zikir siap, baru abes load. nak upload gambar masuk myspace pon 2,3 kali try. asyik sangkut jerk.

andai kata aku pegang maggi mentah, dah hancus ketulan2 maggi tuh aku picit2 tenyeh2 tunggu nak load satu website.  dari ketulan golong2 maggi, confirm jadi cam tepung gandum. kalau aku masak maggi la, abes kembang cam belon maggi aku tuh. pendek kata, memang lembab umpama siput babi yang bercengkerangkan beras 15 kilo.. hah siap berpribahasa nih. punya lah tahap dewa dah aku geram.

so sempena kelembapan p1w1max, aku dah reka khas header baru untuk website diorang. free jerk. tak payah bayar.

lembab macam siput!! ambek kaw!! haha puas hati aku. esok aku nak register pakai streamyx combo. free modem wifi.. utang 300 dgn maxis berukband tolak tepi luh. akakaka.

posted by deennasour in Peribadi, Teknologi and have Comments (42)

DEENNASOUR’s UPDATE.

ada apa dengan deennasour kebelakangan ini??

MOTO

Salam. Korang ingat lagi tak taun lepas bapak gua belikan gua motor sempena hari bapa. sebab apa gua kata sempena hari bapa? sebab dia kasik duit beli moto pada tarikh hari bapa. so moto gua dah pun berusia satu tahun lah en. sapa2 yang tak tau tu moto gua honda 125x. selama setahun, gua puas hati dengan performance moto gua yang telah menewaskan beberapa mat2 rempit kat kl nih. *ni gua tipu.

Moto tu rega nye dlm 5k gak le. tapi gua bayar bulan2 ah beb. bapak gua sponser deposit jerk. kalau bapak gua sponser 100% apa guna gua kerja? baek dok rumah goyang kaki tgk tv sambil makan choki-choki.

Dan sempena anniversary moto kesayangan gua yang tak sampai 5 kali pon gua cuci tuh, gua kasik dia sport rim baru,tayar baru, and suma accesories yang boleh memantapkan lagik moto gua itu. almaklumlah, sorang mamat blogger dah beli legend merah. dengar2 mamat tuh nak race dgn gua! ye tak kreuger? ekeke.

dan ditambah dengan kegeraman gua kat mamat yang empunya 125z biru kat ampang tuh. atau nama rempitnya abg k. miahaha.

gua buat moto gua kat sentul sbb member dok tarik2 suruh buat kat sana. murah katenye. betul2 belakang stesen monorail titiwangsa. tokey bengkel, india. sebab mmber gua tuh pun india. walaubagaimanapun saya berjaya mendapatkan harga terendah. *perpaduan kengkononnye. tapi mmber gua tuh memang baek walaupun bukan melayu bebeh, dia race pakai honda ex je. tapi serius salu menang sbb racer lain salu tak perasan dia overtake. tau2 je dah kat depan. *kui3.

jom usha sikit moto gua. Read more…

posted by deennasour in Peribadi and have Comments (16)