Apabila ada ura-ura yang kata filem ni dah ditunda 2 tahun tayangannya, sebab sepatutnya filem ni di tayangkan pada 7 hb 7 tahun 2007, aku gelak terkekeh2.
Dan bila dapat tahu yang ada student pengarah nih, dan penonton the making of filem ini menyatakan bahawa filem ini adalah antara filem Prof. A Razak Mohaideen yang terhebat; aku terkedu sambil berkata; waaaaaaaaaa..hebat la. tapi itu semua sewaktu aku belum menonton filem ini. dan selepas menontonnya,
ternyata secara kesimpulannya filem Skrip 7707 adalah seperti sebuah karya assignment budak U jerk. *semestinya aku disumpah seranah oleh kaum kerabat Mohaideen sebab keluarkan kenyataan panas nih.
Dan mungkin kenyataan kat atas tu dah cukup buatkan korang malas nak baca entry ni lagik ataupun ke panggung wayang untuk menonton filem ini. tetapi untuk menambah asam garam review aku ini, suka aku katakan yang filem ini antara filem Prof.A Razak Mohaideen yang tak lah sebodoh atau sekosong filem2 yang lepas terutama sekali Sifu Dan Tongga.
Filem ini mudah, aku dapat bayangkan ketika penulis skrip filem ini sedang menulis dan mencoret ilham, beliau sedang bergoyang kaki sambil menhirup kopi dan tada!!! skrip pun siap!! sebab??
Filem ini mengingatkan aku pasal berpuluh2 buku-buku atau novel2 remaja yang aku baca masa darjah 6 dulu. Seperti buku2 bertajuk Misteri Pulau Tengkorak, Misteri Mak Jah, Mister Kereta Merah, Orang Tua Yang Menakutkan, dan banyak lagik cerita2 misteri atau hantu yang pendek2 pernah aku baca masa kecik dulu yang aku rasakan dijadikan ihlam oleh penulis skrip Filem Skrip 7707 ini. Dan sebab itu aku katakan filem ini seperti assignment budak2 U atau sebuah klip video amatuer budak2 nakal yang pergi rumah kosong, dan shoot.*teruk benar filem ini di mata aku.
Itu kisah ceritanya. Jarang aku complain pasal suntingan kalau menonton filem2 melayu ni. cukuplah hari2 aku mengadap kerja2 suntingan, bila tengok wayang, aku rasakan tak perlu aku mengulas dan memandang sudut suntingan filem2 yang aku tonton oleh sebab penyunting2 nya handal2 belaka. Tetapi bagi filem Skrip 7707 ni, sememangnya aku sakit mata, sakit hati dan tertekan. Terutama sekali babak Norman Hakim dan Fauziah yang sememangnya banyak gile jump cut dan tak konti. peff, aku rasa penonton lain pun perasan.
Tak cukup dengan itu, ada pulak gangguan pada visual pada babak dalam lif yang diceritakan oleh Que Haidhar. Mungkin kesan dari kesan khas yang nak dibuat. aiyaooooooo tangkap muat ke ha!!
Pendek kata, kalau nak dibandingkan filem Skrip 7707 ni dengan filem seram macam Susuk, Histeria, alamatnya, jauh panggang dari api. Wassalamu.
Berapa bintang aku kasik?? 1.5 bintang dari 5 bintang.
p/s : review filem aku pertama kat blog baru. review lama??? still dalam proses menyedut masuk ke blog baru nih.

“tak lah sebodoh atau sekosong filem2 yang lepas terutama sekali Sifu Dan Tongga.”
musti bulih kalahkan heri poter nih! Wassalamu
(Quote)
[Reply]
deennasour Reply:
July 19th, 2009 at 12:25 am
owh owh, tidak boleh. jauh sangat bezanya.
harry potter 6 ok lah uncle ajami oi.
(Quote)
[Reply]
aku dah agak dah.. publisiti je lebih citer ni.. cakap bagai nak ghak tapi filem entah hape2.. tgk trailer pun dah tahu eh camne filem ni nanti.. filem2 melayu ni aku jarang sangat nak tgk lagi2 citer2 seram cam gini.. entah kenape.. lepas je aku tgk citer MISTIK dulu, terus aku label citer seram malaysia ni tak menarik.. yg banyak adegan menjerit-jerit.. bosan jugak aku eh..
(Quote)
[Reply]
deennasour Reply:
July 19th, 2009 at 12:27 am
haha. siap ada peraduan lagi jwb kuiz filem ni dpt hadiah.
antara cara nak suruh orang tgk citer ni lah tuh.
tapi takpa, kau boleh tgk filem ni bila hari raya nanti. heee
(Quote)
[Reply]
klu razak wat citee mmg aku x tgkk
cuz aku tw isinye cmne
just main tangkap muat jee
merosakkan imej industri perfileman negare je
patutla makin lama filem malayu makin dipndang sepi
(Quote)
[Reply]
deennasour Reply:
July 19th, 2009 at 12:44 am
wow~
merosakkan imej perfileman negare ye!!
hehe *tetiba aku nak gelak baca komen koh.
ya ya memang itu impaknya. eceh.
(Quote)
[Reply]
Anysz Sengalnerdz Reply:
July 19th, 2009 at 4:04 am
aku sangat bosan. *tetibe
(Quote)
[Reply]
Hahhahahha kalau ko yang dah tengok kasi 1.5 bintang,,, aku rasa aku nak bagi 1.0 bintangla walaupun aku takkan tengok citer nih hehehhe…
SUsuk lagi best!
(rasa kesian bila tengok Pengarah citer tu memuji2 diri sendiri dan kehebatan felem ini…hmmm apa nak jadila…)
(Quote)
[Reply]
deennasour Reply:
July 19th, 2009 at 12:57 am
ekekeke.
nasib baek kau bagi bintang. kalau tak bagi? hehe
dia masuk bakul angkat sendirik la.
(Quote)
[Reply]
Assalamu’alaikum…saya pon rase mcm dah syak cite ni camni sebab masa tengok di balik tabir macam tak seram pon…dan yang peliknya orang yang terbabit cakap cite mistik yang dulu tak seram sebab bajet kurang tapi kenapa filem yang bajet banyak tetap kurang?
(Quote)
[Reply]
deennasour Reply:
July 19th, 2009 at 1:02 am
waalaikumsalam.
bajet ni banyak eh?
tak tau lak.
maybe sbb pengarah tak best, so citer tak best la.
hehe.
(Quote)
[Reply]
Janggel yang baik hati dan berbudi bahasa Reply:
July 19th, 2009 at 1:15 am
@deennasour,
boleh syak2 pulak kan????? bagus2~
(Quote)
[Reply]
bravo lah ye pada razak mohaideen… dapat gak bintang =.=
(Quote)
[Reply]
deennasour Reply:
July 19th, 2009 at 1:04 am
hehe. jgn filem ni tercalon kat shout award taun depan sudahleee~
(Quote)
[Reply]
hahaha … mau camtu mesti filem ni lagi hebat dari transformers 2 la …
(Quote)
[Reply]
deennasour Reply:
July 22nd, 2009 at 8:47 pm
akakaka. 10 kali ganda ke belakang bezanye
(Quote)
[Reply]
hahahaha.
perkataan menyedut masuk tu mahal
(Quote)
[Reply]
deennasour Reply:
July 22nd, 2009 at 8:48 pm
menyedut masuk pun mahal ke? erk?
(Quote)
[Reply]
kira sedikit ok la 1.5 bintang dari dapat tahi bintang.. yg penting adoooo
(Quote)
[Reply]
deennasour Reply:
July 22nd, 2009 at 8:49 pm
ikutkan aku nak kasik taik bintang, tapi taik bintang tu jatuh kat muka aku susah lak kang.
(Quote)
[Reply]
7707 nombor yang sinonim dengan hidupku … semua keta plat number ne.. ada plak rupanya tajuk filem yg sam dengannya .. Cis ~!!
Huh ! ~ Deen kamu tertipu rupanya oleh propaganda BEST itu… Mungkin BEST yang dimaksudkan mereka dari segi lain barangkali. Aku sudah lama menyampah tengok Filem Post-Modern Melayu ni.. Memang Layu.. Entah dimana BESTnya.. Tengok filem P.Ramlee lagi best..
p/s : rasanya novel novel pengembaraan dan misteri remaja tu aku baca masa derjah 2 .. derjah 6 aku tukar baca mag MATCH, KERRANG juga Playboy .. Huhuhu
(Quote)
[Reply]
deennasour Reply:
July 22nd, 2009 at 8:52 pm
yeah yeah ko lahir 7 hb 7 tahun 2007 ke? eceh muda je. atau ko anak ke 7 mcm aku? ahaks.
bukan tertipu. terasa kesian kat filem melayu. that why aku tgk. haha.
ikut kan hati ni malas, kebetulan ada duit lebih, kita layan jerk.
p/s : haha novel aku bila remaja “flying kiss” hahaha terjiwang. boleh?
(Quote)
[Reply]
Yus Reply:
July 22nd, 2009 at 9:35 pm
tak lah .. semua tekaan di atas silap belaka .. menurut suku kaum orang tua aku yang telah diturut sejak zaman berzaman angka 7 bermaksud maju kedepan… kira macam fengshui orang2 cina lah .. dan semua keta keta bapak aku guna nombor plat 7077, (bukan 7707) termasuklah skuter aku sekali …
last filem melayu aku tengok zombie kampung pisang … (pergh! mujur aku tak tengok kat pawagam ! kalo tak memang suatu penyesalan yang tak terhingga .. tah pa pa !)
(Quote)
[Reply]
Aku pun tak tgk lagi filem ni… Tapi aku dah agak dah plot cerita nya. yg al mahrum..
9 cerita tu, baik kasi budak2 filem buat shot film lagi baik jadinya…
LAgi best DVD cerita MOMOK… Dvd tu aku tgk masa aku kecik2 zaman aku seklah menengah
(Quote)
[Reply]
deennasour Reply:
July 22nd, 2009 at 8:59 pm
that y aku kata mcm projek budak2 kolej universiti jerk. ntah apa2 jerk. buang masa.
(Quote)
[Reply]
kelly!
kakak baby eyh?
hahahhaa
srwk.
(Quote)
[Reply]
deennasour Reply:
July 22nd, 2009 at 8:53 pm
kelly tuh lelaki la. jgn ko tak tau. aku pun tak tau motif dia letak nama pompuan. awww~
(Quote)
[Reply]
tak tengok lagi filem ni. tunggu filem khabir le. btw…baru perasaan deen ada blog baru
(Quote)
[Reply]
deennasour Reply:
July 22nd, 2009 at 8:58 pm
aku dah tgk khabir punye filem. kedudukan cerita tuh, di belakang Baik Punya Cilok.
(Quote)
[Reply]
aku dengar si razak buat filem je awal2 lagi aku dah espect filem tu tak best
(Quote)
[Reply]
deennasour Reply:
July 22nd, 2009 at 8:57 pm
kebanyakan orang expect tak best. ngeeee
(Quote)
[Reply]
Jangan tanya aku…aku pun tak tau KENAPA begini jadinya? hahahahahahaha
(Quote)
[Reply]
kan aku dh kata jgn tgk
ahahahhaha aku tgk the making dh mcm hampeh
aku rasa dia dh xpyh buat movie la..mana taknya, dgr nama dia jer org dh expect movie mengarut..
p/s; klau aku la aku bg 1 xpun 0.5 hahaha (tp xtgk lg..kaka)
(Quote)
[Reply]