besarnya jiwaku

Filem :: Setem

Thanks to Ajami jemput ke press preview Setem di Gsc Tropicana City Mall. and thanks to Pak Hassan Mutalib bagi aku info lama fasal Filem Negara. *aku dah tau rahsia tempat aku keje. jeng3.

Setem, jilat, lekat,pos.

Sebab filem ini arahan,cerita asal,lakon layar ialah  Kabir Bhatia, makanya, filem ini khabarnya indah, baik,molek, semestinya gempak, walaupun belum ditonton. Semua orang kata tak sabar nak tengok. Dan semua orang bilang mesti citer ni best!! citer ni lain dari yang lain.

Dan apabila menontonnya, bagi aku, biasa-biasa saja. (mampus aku kena ban dari press preview lepas nih)

Wah, bagi aku, antara 3 filem arahan Kabir, filem Cinta adalah terbaik, diikuti Sepi dan terakhir Setem.(sekarang aku tak perlu preview panjang2, sebab melalui hint ayat2 yang aku bagi, kau semua sudah boleh berfikir status filem ini dijiwaku.*eceh)

Setem.

Orang kata ini Black Comedy. Kisah jenayah mencurik Setem. Bukan setem 20 sen atau 50 sen, tetapi Setem lama yang ditinggalkan sejak kegemilangan negeri Melaka lagik. Makanya, pada zaman yang serba moden ini, Setem itu nilainya berjuta-juta. Harusnya insan2 bermata duitan ingin memilikinya dan cerita ini mengisahkan perebutan untuk mendapatkan Setem itu yang terdiri daripada kira2 4 geng (Geng Pirahna, Geng Bakso, Geng Tosai, Geng Anak Yatim) yang terdiri daripada pelbagai kaum yang membuatkan Dato’ Seri Najib Tun Razak barangkali tersenyum kerana ada unsur 1 Malaysia. *cis.

Orang memuja muji intro filem ini yang dikatakan brilliant ala2 national tressure. Ya aku setuju. tapi, aku merasakan 5-15 minit awal filem ini amat membosankan. sebarisan tempat duduk aku pun sunyi. tiada gelak ketawa ditambah insan yang betul2 disebelah aku Pak Hassan Mutalib. gile serius orang tua nih. aku rasa sepanjang filem ini ditayangkan dia gelak 2,3 kali jerk. aku boleh kira. dan oleh sebab itu, aku control gelak. Ceh! propa!

Kalau dibandingkan filem ini dengan filem2 Melayu yang seangkatan dengannya seperti Baik Punya Cilok, aku rasakan Setem berada 2,3 tangga dibelakang. Kelakar? sedang-sedang je, suam-suam kuku kata orang. Kehadiran Afdlin Shauki aku rasakan tak cukup ummp untuk memberikan unsur komedi. Dan ketergelakkan aku kebanyakkan disebabkan oleh kehadiran babak2 yang dilakonkan oleh Sathia dan Harun Salim Bachik. Serius, 2 orang manusia ni buat aku gelak pecah perut. Terutama babak Harun Salim Bachik menyapa ketukan polis yang nak masuk premisnya, berunyik,

“sekejEp yE, sayE mahu kE toilEt” ~ korang bayangkan skrip ni, dibicarakan oleh seorang indon yang cuba nak ikut cara percakapan orang Malaysia.  [aku gelak besar]

Bila ada orang tanya, “deen, camne filem Setem? ok tak? aku ni malas nak tgk filem Melayu, kalau ko kata best, aku tgk, kalau ko kata tak best, tak nak lah, aku tunggu Finas buat kempen merakyatkan filem je, mesti ada nanti tayangan free…tak pun tunggu raya,”

dan aku jawab erm, filem ni Filem Melayu tapi gaya hindustan/tamil. Kau pernah tengok filem Melayu kan? Filem Komedi Melayu selalunya tak lah bosan kalau bukan Prof.A Razak Mohaideen yang direct, filem ni boleh la gelak sikit2. Yang aku kata gaya hindustan/tamil tu bukan sebab ada watak Sathia, tapi jalan cerita nya macam filem hindustan/tamil yang aku salu tengok pukul 2 kat tv2, tak pun kat tv3 selalunya.

Citer hindustan selalunya, nak dapatkan something, mesti ada culik-culik. then ada aksi lawak bodoh,ada letup2 yang tak seberapa, then ramai2 belasah penjahat tuh. filem ni ala2 camtuh lah. Tapi kau jangan risau, kau beli tiket harga RM10, tak merugikan. masih boleh enjoy.

Aku bagi 3.5 bintang dari 5 bintang.

posted by deennasour in Kaki Wayang and have Comments (30)

30 Responses to “Filem :: Setem”

  1. afi says:

    Assalamu’alaikum ..tengok promo dia cam ‘best’ je ..hmmm  

    (Quote)

    [Reply]

    deennasour Reply:

    iklan-melan mesti gempak, baru datang tgk. tapi tak rugi tgk. pg lah tgk.  

    (Quote)

    [Reply]

  2. pinkyLucia says:

    hmm.. dah agak da.. kalau deen kata tak syok.. aku mesti tak nak tgk.. wakaka.. aku pun tak tahu kenapa.. comfirm aku tak berselera nak tgk film ni.. huhu..  

    (Quote)

    [Reply]

    deennasour Reply:

    haha. saya kata boleh lagi kalau nak tgk.
    haha. tgk la kat wayang.  

    (Quote)

    [Reply]

  3. izz says:

    cam dah tak berapa berminat nak tengok je nih. donlot ke wayang? dilema  

    (Quote)

    [Reply]

    deennasour Reply:

    wakaka.
    ko tgk kat wayang la. baru layan. tgk ramai2 best.  

    (Quote)

    [Reply]

  4. huhuhuh  

    (Quote)

    [Reply]

    deennasour Reply:

    amende?  

    (Quote)

    [Reply]

  5. ajami hashim says:

    kedekut bintang!  

    (Quote)

    [Reply]

    deennasour Reply:

    sebab dorang tak kasi popcorn free~ lalalala  

    (Quote)

    [Reply]

  6. deennasour: amende?

    nak tgk citer nih…  

    (Quote)

    [Reply]

    deennasour Reply:

    tengokla. if nak aku teman, belanja la. hehe sbb aku dah tgk. akakaka  

    (Quote)

    [Reply]

  7. Dr House says:

    Trailer dia nampak macam gempak habis.  

    (Quote)

    [Reply]

    deennasour Reply:

    gempak habis? tak de la sangat.
    tapi citer ni agak menarik. pg la tgk.  

    (Quote)

    [Reply]

  8. vouge says:

    weyhhh.
    url baru aku nie
    link tauk!  

    (Quote)

    [Reply]

    deennasour Reply:

    apa daa tukar blog ka?
    k k.  

    (Quote)

    [Reply]

  9. amie says:

    pnh dgr tajuk movie tp xpnh tgk trailer lg..hmm  

    (Quote)

    [Reply]

    deennasour Reply:

    ahak.
    pg le tgk. best2.  

    (Quote)

    [Reply]

  10. Aamir says:

    member2 aku yg xlayan langsung crita melayu, yg xpenah sapot industri filem melayu pon kata best … apatah lagi aku yg kadang2 je layan crita2 melayu  

    (Quote)

    [Reply]

    deennasour Reply:

    haha. so kau harus tgk!!  

    (Quote)

    [Reply]

    izz Reply:

    @deennasour, da die da ckp cenggitu mmg harusla die da pegi tgk tak hajak aku.. T_T  

    (Quote)

    [Reply]

    deennasour Reply:

    haha. kesian. skang ko ckp dgn aamir or aku yang tak ajak ni?
    hehe.

    k k aku ajak. jom tgk setem!  

    (Quote)

  11. aku leh komen utk criter setem ni ringkas je.

    “cube lagik.”

    *larikk ade orang feeling dier paul moss xD  

    (Quote)

    [Reply]

    deennasour Reply:

    dem. haha  

    (Quote)

    [Reply]

  12. nikillas says:

    tapi dia nye iklan membuatkan kita nak tgk citer ni kan.. haaaaaaaa..!! itu yang penting.. marketing..!!  

    (Quote)

    [Reply]

    deennasour Reply:

    hehe. betul la tuh  

    (Quote)

    [Reply]

  13. Khai says:

    aku dah nengok cerita ni kat gsc times square beberapa hari lepas.. agak terlambat sikit… dan x bape stuju la dgn entri dari deen ni.. ini filem tempatan terhebat tahun ni bagi aku.. terbaik.. nak perfect, mmg x pernah ada lagi dalam cerita melayu.. hehehe…

    jgn lupa nengok jugak the proposal.. best…  

    (Quote)

    [Reply]

    deennasour Reply:

    tidak bagi aku. hahaha.
    :D

    ps : tau la editor tuh lim kok wing punya lecturer  

    (Quote)

    [Reply]

  14. Kreuger says:

    deen lepas ni review citer papadom plak eh.
    hang dah tengok ke blom? hehehe
    lame tak komen tapi tak beerti tak datang.

    hang ok? lappy macma mane? ok dah?  

    (Quote)

    [Reply]

    deennasour Reply:

    haha.
    blom lagik bro.
    press preview dia pun tak ada lagik kot.
    or aku tak dipanggil.
    akan ku buat reivew gak nanti.

    aku ok jak.
    bosan jerk.  

    (Quote)

    [Reply]

Place your comment

Please fill your data and comment below.
Name
Email
Website
Your comment