besarnya jiwaku

Kerana P1 W1max SLOW dan TAK BAGUS

Perhatian!! Aku adalah pengguna p1w1max di Damansara dengan pakej home plus dengan bayaran rm99/sebulan!!

Masalahnya skang, dah 2 bulan aku guna P1w1max ni, tahap connection internet nya memang tak pernah aku puas hati tahap gaban sampai 80% sekurang2 nya. Laju pun, lepas tuh, slow balik, laju kejap, slow balik. Dan kat bawah ni antara masalah2 yang aku hadapi sepanjang menggunakan P1w1max! ;

1. Masalah untuk upload gambar.

Download speed P1w1max selama 2 bulan ini memang aku tak komplen. Dalam pakej 1.2mb/s. dan memang betul bila cek kat speedtest.net memang 1.2mb/s atau kurang2 pun 0.80mb/s atau paling kuat pun 1.40mb/s. tapi aku bukan kaki download! dalam seminggu mungkin aku download, 2,3 lagu mp3, 2,3 buah video dari youtube yang saiz nya memang ciputlah sangat. Memang tak luak kuota yang p1w1max bagi kat aku. memang tak luak.

Tapi masalahnya, aku ada myspace, friendster,facebook dan blog yang perlu memang rajin gila rasanya aku nak update selalu dan dalam seminggu 4,5 gambar aku nak upload. walaupun sekadar 4,5 gambar tapi oleh sebab KELEMBAPAN UPLOAD SPEED P1 W1MAX, nak upload 4,5 keping gambar yang sepatutnya dalam 15 minit paling lambat jadi 30-45 minit satu gambar. tak ke bengang!! Kalau lah mak aku tgh buat kek lapis Sarawak kat dapur tuh, rasanya dah siap dah kek tu, tapi gambar still tak boleh di upload.

Kalau tunggu lama upload berjaya tak pe, ni tak, FAILED!!!!!!!!! sebab? “connection problem”. WTF!! Tak caye? aku kasik tunjuk screenshot dari akaun photobucket aku;

 (kat atas ni screenshot photobucket aku. tertera “network error”)

dan kat bawah ini pulak aku tunjukkan upload speed p1w1max pada 25 Disember 2009 pada pukul 8.01pm ;

(tak rasa bengang ke bila upload speed tu 0 je?)

2. Kelembapan nak loading page or mana2 website tak payah cakap. Memang lambat nak mampos. rasanya dalam 15 minit baru habis loading satu page. Nak buat payment kat Maybank2u aku rasa baik tak payah. Dengan beratnya website maybank2u ditambah KELEMBAPAN P1W1max sememangnya menangis nak menunggu. Sayangnya aku lupa nak tangkap screenshot masalah aku di maybank2u masa nak buat payment bil p1w1max and hosting blog aku ari tu.

tapi takpe, aku tunjukkan screenshot akaun gmail aku yang bermasalah nak bukak email, dan screenshot photobucket aku yang bermasalah nak loading page;

 

(gambar kat atas ni screenshot akaun gmail aku tertera INTERNET CONNECTIVITY PROLEM yang sebabkan tak leh nak load email aku) 

(boleh plak tak bleh nak masuk. ni masa aku nak upload gambar2 untuk entry ni lah ni. last2 aku pakai imageshack)

3. Bil Tak Update

Masalah ni paling aku bengang. Aku dah bayar bil internet pada 21 Disember 2009. dan p1w1max sendiri dah bagi aku email yang menyatakan diorang terima bayaran tuh pada 22 Disember 2009. Tetapi masalahnya sekarang, bila aku login ke online account aku, still ada balance!! Sebanyak RM33.90 sedangkan aku dah bayar RM34.00.

(ni bukti yang diorang dah terima bayaran aku, diorang hantar email) 

Hari ni, 26 Disember 2009, dan aku check lagik, pun masih ada!!! Baru tadi aku email diorang suruh update sikit account aku tuh. takkan la customer sendirk yang update account balance tuh. gile ke!!!

(dan ini plak balance dlm account aku yang masih tak diupdate. padahal aku dah bayar) 

4. Facebook & Twitter

Semalam aku baru add Facebook and Twitter p1w1max ni. Dengan harapan nak kasi mesej kaw2 nak menganjing diorang. Sekali kat facebook diorang, fan tak leh bagi komen plak. and kat twitter tak boleh bagi direct message!! so aku anggap diorang ni PENGECUT. Takut kena serang customer yang tak puas hati. well well well. apa nak jadi lah!!!

p/s : aku harap p1w1max ni pleeeaaasssseeeee lah wake-up!!!! coba korang ni cepat sikit upgrade service korang!! iklan-melan bukan main mantap. tapi servis cam haprak. semalam aku terajin search video2 kat youtube pasal p1w1max ni, ada lah satu video ni ada user yang komen ckp p1w1max sengaja kurangkan speed pelanggan2 yang lama sbb kasik speed lebih kat pengguna2 baru yang tgh dlm trial. kang bila habis tempoh trial diorang kurangkan balik.. entah lah, betul atau tak. tapi kalau betol, memang keji.

posted by deennasour in Uncategorized and have Comments (22)

22 Responses to “Kerana P1 W1max SLOW dan TAK BAGUS”

  1. gjul says:

    huhuhu..nasib baik aku xpotong..

    anda potong, makin lembab..

    sesuaila dgn gambo entri lepas tu..

    wimax mcm sipot..  

    (Quote)

    [Reply]

    deennasour Reply:

    @gjul, “saya suruh potong, kan dah lembab!” ~ teringat iklan radio streamyx. haha.  

    (Quote)

    [Reply]

  2. dhan says:

    dah potong ? haha  

    (Quote)

    [Reply]

    deennasour Reply:

    @dhan, ye dah potong dan tertipu!! slow!  

    (Quote)

    [Reply]

  3. loq says:

    saye sayang streamyx
    ^_^  

    (Quote)

    [Reply]

    deennasour Reply:

    @loq, saya benci p1 w1max saya  

    (Quote)

    [Reply]

  4. x-po says:

    sume sama je..aku guna celcom pun hmpeh je..asik terputus je line..ok 5 minit, terputus 10 minit..taik btl  

    (Quote)

    [Reply]

    deennasour Reply:

    @x-po, erm. kesimpulannya, broadband kat malaysia semua KO la ek  

    (Quote)

    [Reply]

  5. izz says:

    screamyx sucks  

    (Quote)

    [Reply]

    deennasour Reply:

    @izz, yeah!  

    (Quote)

    [Reply]

  6. mie says:

    lor…
    dl kecoh kata ni lbh baik…
    xjadi la nak pakai…  

    (Quote)

    [Reply]

    deennasour Reply:

    @mie, tak yah mie.
    tak yah pakai, buat semak umah ko je dgn modem die ni. haha  

    (Quote)

    [Reply]

  7. Janggel says:

    wAH kajian yang sungguh mendalam dan terperincik!  

    (Quote)

    [Reply]

    deennasour Reply:

    @Janggel, geram doe.  

    (Quote)

    [Reply]

  8. Kreuger says:

    deen… bab upload tuh aku memang amat bersetuju.
    memang selalu sangat tak boleh upload. kekadang file 24kb jer pon tak boleh nak upload. macam haram jugak la tensionnye kan.

    masalah ni aku blom lagi nak komplen kat P1, sikit masa lagi setelah aku update hosting aku, dem fakkk.. kekadang bengang pon ade kalau aku kasik tweet depa tak reply.. konfem la kene kutuk kaw kaw lepas tuh.  

    (Quote)

    [Reply]

    deennasour Reply:

    @Kreuger, hah baru kau tahu camne aku rasa. mmg benngang la. dem kan.  

    (Quote)

    [Reply]

  9. Taufik SM says:

    haha… betul tu aku pun anti-wimax gak…  

    (Quote)

    [Reply]

  10. hanif says:

    aku pun dah terkena gak ngan p1 wimax ni..cite je poyo…tapi hampeh…aku pakai 5 bulan je..pastu terus pulang balik modem…  

    (Quote)

    [Reply]

  11. umny says:

    haha kat umah pun pakai wimax jugak. wimax memang x consistent langsung. kejap laju kejap slow paling teruk signal terus jd merah. pastu sehari sampai 84565677878 kali kena restart modem dia. urgh!  

    (Quote)

    [Reply]

  12. p1 babi says:

    P1…KAU MMG BABI..
    KENAPA KAU SUKA
    LEMBAB HUH BABI P1..
    KAU MMG SHIT..
    PEMBOHONG BSR..
    TIPU PENGGUNA MALAYSIA..
    P1 SYARIKAT BABI..TQ  

    (Quote)

    [Reply]

  13. wankulim says:

    samala cam aku. p1 lembab. upload dia aku dapat 0.02 harap download je laju. tapi time upload x jalan cam bangang je. menyesal aku ambik p1 nie tuihh wahwahwah  

    (Quote)

    [Reply]

Place your comment

Please fill your data and comment below.
Name
Email
Website
Your comment