“Semua orang mencari Tuhan, tetapi dengan cara mereka sendiri” ….. Brother Anthony.
“109:6″~Al-Kafirun ayat 6 – “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.
p/s : Entry terpanjang pernah aku tulis. Kalau malas jangan baca. Kalau rajin, jangan sampai terlepas satu ayat!
Ayat di atas antara ayat yang paling melekat atas kepala hotak aku dan menyebabkan tangan aku kuat untuk menaipnya di dalam handphone buat tatapan korang juga yang belum sempat menontonnya.
Tak banyak filem Melayu yang bertemakan Islam di Malaysia, walaupun Malaysia sebuah negara Islam. Antara yang pernah diterbitkan, Syukur 21, Maut dan itu sahaja yang aku ingat. Filem dari seberang, Ayat-Ayat Cinta, Laskar Pelangi. Tapi selepas tayangan Muallaf dan aku menontonnya, andai kata ada filem lain hebat dipandangan mata korang, ternyata bagi aku Muallaf mencantas kesemua filem-filem itu. Aku merasakan Laskar Pelangi antara filem yang membawa mesej Keislamanan dengan amat lembut dan tersimpul rapi sehingga berjaya menang Anugerah Filem Terbaik baru2 ini. Tetapi selepas menonton Muallaf, ternyata aku merasakan naskah Allahyarham Yasmin Ahmad yang ini, adalah yang paling baik.
Menurut Allahyarham melalui temuduga oleh Ajami, skrip filem ditulis selama 5 hari. Dan aku terkedu. Sekejap. (atau sebenarnya memang nak buat skrip filem secepat itu? aku belum pernah menulis skrip filem) Dan bukan waktu yang singkat itu mengkagumkan aku. Tetapi bagaimana skrip yang siap selama 5 hari itu mempunyai mesej yang amat-amat berat lagi mendalam. Diselit dengan ayat-ayat Al-Quran dan Injil. Ayat-ayat Al-Quran yang bukan hanya satu,dua ayat. Tetapi banyak!
Sehinggakan aku setuju untuk menyatakan Muallaf adalah filem dakwah paling berkesan! 100%!!!
Dan aku terfikir, mengapa filem ini di banned! Adakah kerna memaparkan agama Kristian,Injil,Gereja dan Anjing?? atau kerna satu babak budak lelaki bogel berdiri di tepi taman permainan?? Padahal filem yang memaparkan babak beromen tidak pula dibanned tayangannya.
Mungkin ada yang salah tafsir. Filem ini mengagungkan Injil dan orang Kristian! Padahal bagi aku filem ini cuba MENGAJAR atau MENDIDIK atau MENEGASKAN Islam itu adalah agama yang indah. Tiada paksaan. Kasih sayang diterapkan! dan Mengapa Islam melarang berbuat begitu dan begini.
Sifat kasih dan sayang melalui watak Rohana dan Rohani. Sifat lemah lembut yang diterapkan dalam Islam yang menyentuh perasaan seorang lelaki Kristian melalui watak Robert yang akhirnya jatuh hati dengan dengan kelembutan dan kasih sayang Rohana dan Rohani yang tidak pernah dikecapinya sejak kecil. Tidakkah itu cara berdakwah??? Iaitu cara HIKMAH, satu daripada 3 cara berdakwah Rasulullah yang diterapkan Yasmin ke dalam naskahnya ini.
Watak Rohani yang begitu arif dan menghafal ayat-ayat kitab suci Al-Quran mahupun Injil sememangnya pada mulanya mengelirukan aku. Tetapi apa yang aku faham, Yasmin cuba memberitahu “KAU TAK PERLU MENJADI USTAZ ATAU USTAZAH ATAU HAFIZ UNTUK MENGHAFAL AL-QURAN. KAU JUGA TIDAK PERLU BERSEKOLAH DI SEKOLAH PONDOK UNTUK MENGAJI AL-QURAN”.
Kesimpulan yang aku buat di atas bukan bermaksud untuk mencaci “adat” orang melayu, kalau nak mengaji kena pg pondok, jumpa ustaz” tetapi bagi aku Yasmin cuba untuk menggambarkan, “ILMU AGAMA ITU BOLEH SAHAJA DIHAFAL DI HAYATI DENGAN PELBAGAI CARA DAN DI MANA SAHAJA KITA BERADA”. Tetapi Yasmin tidak menolak, untuk khatam atau menguasai lebih lagi sesuatu ilmu itu, kita kena berguru. Sebab itulah diwujudkan babak Rohana mencari pusat pengajian yang menyediakan khusus dalam bidang agama.
Antara ayat yang disebut oleh Rohani dalam Muallaf yang disebutnya berulang2 ketika pada permulaan awal cerita Muallaf ketika cikgunya menyuruh melukis GAJAH ialah
”105:1″ iaitu ayat ke-105 dalam Al-Quran Surah Al-Fiil dan ayat 1 iaitu “Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?”
Ayat itu menjadi titik tolak sebenarnya kepada cikgu Robert untuk mendalami Islam yang kemudian meminjam tafsir Al-Quran daripada Rohana dan Rohani.
Aku suka babak Rohana di sebuah kolej, di mana Yasmin sempat mencuit atau sedikit mengejek institusi pengajian di Malaysia yang tidak banyak menyediakan kursus agama. Sehinggakan dia perlu belajar di luar negara. Di dalam filem ini Rohana terpaksa melanjutkan pelajaran ke Singapura. Dan pada hakikatnya ramai anak muda kita belajar agama hingga ke Arab. Itu contoh!.
Yasmin juga turut mengkritik kehidupan orang2 kaya dan berpangkat. Bagaimana seorang Dato’ iaitu ayah kepada Rohana dan Rohani yang beragama Islam, tidak langsung rasa bersalah meminum arak. Tetapi berasa jijik pula dengan anjing. Ya! Menghalalkan yang haram!. Hakikat dunia hari ini! Yang mengejar kekayaan dan juga sifat kedekut yang ada pada Robert yang ditegur Yasmin dengan menyatakan ayat;
”104:3″ iaitu surah 104 Al-Humazah ayat 3 iaitu “Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!”
Sedar atau tidak, Muallaf juga menyingkap sejarah zaman Rasulullah yang dicedoknya dari Kisah Rasulullah dengan seorang tua di mana orang tua yang bukan beragama Islam yang selalu mengejek Rasulullah dan menikam Rasulullah dengan batu dan najis tetapi apabila suatu hari orang tua itu jatuh sakit, Rasulullah tetap menziarahi orang tua yang jatuh sakit itu, dan menyuapkannya bubur. Dan diselitkan di dalam Muallaf di mana Rohana dan Rohani menziarahi sorang budak perempuan yang koma. Walaupun tiada talian keluarga dan bukan seorang yang beragama Islam.
Dan apabila Rohana dan Rohani tiada, Robert telah mengambil alih tugas itu, seperti juga kisah Rasulullah dengan orang tua tadi di mana ketika Rasulullah mangkat, Saidina Abu Bakar yang mengambil alih tugas menyuapkan bubur kepada orang tua itu dan akhirnya orang tua tersebut telah memasuki Islam.
Dan ketika Rohana dan Rohani melawati budak perempuan yang koma itu, mereka sering membacakan ayat terakhir Surah Al-Baqarah;
“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.
Nampak tak betapa Muallaf sebuah naskah yang berat dengan mesej KEISLAMAN tetapi pernah dibanned oleh negaranya sendiri, padahal negaranya adalah sebuah negara Islam!!!
Tapi babak dan skrip kata2 Rohana kepada Rohani dalam babak di atas katil sebelum kedua adik beradik ini tidur cukup untuk menerangkan kenapa perkara di atas terjadi. Orang tak faham dan akan marah jika tidak faham apa yang tersirat (nombor-nombor yang selalu disebut Rohani).
Indah. Memang indah beb! Bila teringatkan filem ni lepas aku tonton, terus teringat wajah Yasmin Ahmad. Terus rasa sebak. Teringat babak paling aku suka, babak Rohana dalam perjalanan balik ke rumah, di mana kamera melangit (shot tunjuk langit aje) sambil Rohana berselawat ke atas nabi. Memang waktu tu, aku rasa sebak gila! babak paling touching. Terasa aura filem ini. Padahal ianya just babak melangit dengan selawat ke atas nabi.
dan terakhir ulasan dari aku bila memikirkan satu nombor ayat dari filem Muallaf yang aku rasa Yasmin cuba mengingatkan dirinya juga iaitu 24:31;
“Surah An-Nur ayat 31; Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya,”
p/s : Al-Fatihah buat Allahyarham Yasmin Ahmad. Semoga beliau ditempatkan bersama kekasih-kekasih Allah s.w.t. Amiin~
Filem ini aku bagi 5/5 bintang. YA! Filem Terbaik!

terbaik wokkk !
(Quote)
[Reply]
deennasour Reply:
December 28th, 2009 at 4:39 am
@dhan, terbaek2. dah tgk ke blom.
(Quote)
[Reply]
hmmmm memang teruja aku nak g tengok!
(Quote)
[Reply]
deennasour Reply:
December 28th, 2009 at 4:26 pm
@Janggel, dan seharusnya wajib anda tgk!!
(Quote)
[Reply]
assalam..
t’sentuh la pulak…ttp, ramai yg alpa ttg kehidupan yg sebenar
t’utama surah An-Nur ayat 31.
(Quote)
[Reply]
deennasour Reply:
December 28th, 2009 at 4:27 pm
@blueblack, termasuk Yasmin sendiri.
(Quote)
[Reply]
zu ade tengok gak kemarin dulu kat klcc. hahahha.. x paham citenye masuk lewat.. tp layan je la
(Quote)
[Reply]
deennasour Reply:
December 28th, 2009 at 4:28 pm
@zuwairiaiman, kena tgk sekali lagi la zu.
(Quote)
[Reply]
letih gle aku baca review nko deen. but then again i do agree Muallaf deserves a perfect 5/5.
but then again i do believe that the issue relating between Mr. Goh and his mother should be emphasized and brought forward in perspective in order to compare and contrast between his trials and tribulation in accepting himself with the whole confusion about his belief.
tapi itu cuma pendapat aku je. Muallaf alone is a remarkable movie that is on its class of its own. sayangnya i tgk kat midvalley kelmarin dua baris paling belakang je penuh. and ada dua slots je utk tayangan sedangkan movie about a certain blue alien ada sampai 14 slots.
hurm…
i even heard this girl kat blakang i masa tgh beratur nk beli tiket discouraging her friend to watch the movie… saying “Ish… ko nk tgk cter tu? Cter pasal org murtad pn ko nk tgk.”
sedih.
(Quote)
[Reply]
deennasour Reply:
December 28th, 2009 at 4:29 pm
@shandye, byk menda nak kena fokus susah gak. but i do agree.
erm aku tak paham kenapa dak pompuan belakang ko tu cakao camtu.
mana ada citer sal orang murtad.
(Quote)
[Reply]
kalau tgk kat wayang cam best je. ermm
ko catit ke segala nombor tyme tengok tuh? ke ko ingat?
(Quote)
[Reply]
deennasour Reply:
December 29th, 2009 at 11:37 pm
@izz,
aku tak catit. letak dlm hp.
ada yang aku ingat.
sbb kadang2 tgh tgk tu, terlupa lak nak taip dlm hp.
hoho.
p/s : mmg layan tgk kat wayang. turun kl la
(Quote)
[Reply]
fulamak..giler detail review nih..
mmg dah cadang nak tgk lama dah citer neh..
tapi waktu cuti baru tayang..aku dah kat kampung..
mintak² la bila balik kl ada lagi cerita nih..
mcm x ramai ja yg tgk cerita nih..
(Quote)
[Reply]
deennasour Reply:
December 29th, 2009 at 11:58 pm
@wawa,
haha.
lambat tak sempat la wawa oi..
(Quote)
[Reply]
Belum tengok lagi film ni. Karya beliau banyak yang best. Paling suka Mokhsin.
(Quote)
[Reply]
deennasour Reply:
December 30th, 2009 at 12:01 am
@blogresipi, saya paling suka yang ini.
(Quote)
[Reply]
aku xtgk lagi….
nmpak cam best je…
(Quote)
[Reply]
deennasour Reply:
December 30th, 2009 at 12:08 am
@mie, bukan nampak je, memang best pon
(Quote)
[Reply]
vanyakknyerr vintanng tewww..
(Quote)
[Reply]
deennasour Reply:
December 30th, 2009 at 1:21 am
@en_me, sbb cerita ni vest.
(Quote)
[Reply]
hurmm.. dah pusing satu duni baru nak tayang ke mesia.. huhu..
(Quote)
[Reply]
dhanial told me to not read yr latest post coz i’ll know the synopsis of MUALAF
D
(Quote)
[Reply]
bila nak rilis dvd ni
(Quote)
[Reply]
pasni dah takde org kreatif cam die lg ;(
(Quote)
[Reply]
ps bace komen ko..wat aq rase nk tgk cite nih!!yeahh
(Quote)
[Reply]
pergghh mmg rajin btl ko menulis pnjg2 ek bro..hehe
(Quote)
[Reply]
yess… saya pun dah tengok citer nie….memang best…cerita pasal realiti kehidupan kita….cume kena dalami mesej yang tersirat….
(Quote)
[Reply]
muallaf gua tak tgk lg..entah bilalah ada masa..pttnya time2 cenggini, gov ptt tayangkan mauallaf kat rtm..biar rakyat kita bersatu balik..
(Quote)
[Reply]
ye….aku pasti akan tgk!
(Quote)
[Reply]