besarnya jiwaku

Archive for January, 2010

Sambung Belajar

Sebelum tu, baca dulu sejarah pendidikan aku ni;

Actually dalam planning hidup aku sejak tahun 2004, aku akan menyambung pelajaran dalam bidang diploma penulisan skrip, atau seni persembahan. Dan aku menolak habis-habisa untuk menjadi cikgu seperti yang disuruh oleh mak ayah aku. dah cukup 3 orang kakak aku jadik cikgu dalam pelbagai peringkat persekolahan.

Tapi lepas keputusan spm keluar, ya ya aku hanya cemerlang teramat dalam subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. So, gagal untuk menempatkan diri dalam mana2 ipta mahupun institut perguruan. Aku tak ada nafsu untuk try second intake. Aku cuba untuk beralih kepada ipts seperti Kolej PTPL yang agak glamour mencari student pada 2006 itu.

Tapi, keluarga aku bukan jenis orang yang senang lenang je nak membuang duit yang amat banyak untuk mmbayar yuran ipts yang sah-sah la berpuluh beribu-riban. Sampai satu masa aku stress tak nak masuk tingkatan 6 dan lari dari rumah untuk satu malam. Lari tak jauh, ke sekolah aku, lepak dengan cikgu teater aku. Masa tu junior2 aku tengah berlatih nak masuk pertandingan sketsa. Hoh, agak sedih gak ah masa tu. tengok orang pun cam nak makan orang.

Read more…

posted by deennasour in Peribadi, alkisah my journey and have Comments (16)