besarnya jiwaku

Sambung Belajar

Sebelum tu, baca dulu sejarah pendidikan aku ni;

Actually dalam planning hidup aku sejak tahun 2004, aku akan menyambung pelajaran dalam bidang diploma penulisan skrip, atau seni persembahan. Dan aku menolak habis-habisa untuk menjadi cikgu seperti yang disuruh oleh mak ayah aku. dah cukup 3 orang kakak aku jadik cikgu dalam pelbagai peringkat persekolahan.

Tapi lepas keputusan spm keluar, ya ya aku hanya cemerlang teramat dalam subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. So, gagal untuk menempatkan diri dalam mana2 ipta mahupun institut perguruan. Aku tak ada nafsu untuk try second intake. Aku cuba untuk beralih kepada ipts seperti Kolej PTPL yang agak glamour mencari student pada 2006 itu.

Tapi, keluarga aku bukan jenis orang yang senang lenang je nak membuang duit yang amat banyak untuk mmbayar yuran ipts yang sah-sah la berpuluh beribu-riban. Sampai satu masa aku stress tak nak masuk tingkatan 6 dan lari dari rumah untuk satu malam. Lari tak jauh, ke sekolah aku, lepak dengan cikgu teater aku. Masa tu junior2 aku tengah berlatih nak masuk pertandingan sketsa. Hoh, agak sedih gak ah masa tu. tengok orang pun cam nak makan orang.


Mahu tak mahu ke tingkatan 6. Mula-mula SMK Merbau,Permyjaya Miri. Sekolah ini amatlah tak best walaupun sekolah baru, sampai lagu sekolah pun tarak ada lagik. Nak balik pun kena berbaris sampai ke gate. nak bukak tali leher pun kena tunggu sampai luar kawasan sekolah. Toilet memang kotor. And rekod pencapaian akademik dan kokurikulum pun tak hebat. So aku pindah ke sekolah lama aku dari form 1-3, iaitu SMK Baru Miri. Sekolah yang amatlah top untuk keputusan STPM seluruh Miri dan Sarawak. Dan cikgu-cikgu pun rajin2 and tiptop meletop.

Bukan nak bangga diri, ni cikgu aku yang cakap sebelum aku berhenti sekolah dan pindah ke Petaling Jaya Selangor ke SMK (lelaki) Bukit Bintang,Petaling Jaya Selangor. Dia kata, aku antara top student dalam aliran kemanusiaan, dan antara 2 orang je pelajar Melayu Islam yang top. Haha. Tiada yang top melainkan top top belaka. Sorang lagi kawan baik aku Awang Syazwan yang memang top pointer 3.5 stpm, skang kat UPSI ambik Ijazah Pendidikan Sejarah. Hoh.

Dan aku, memang berniat nak sambungĀ  belajar ke Universiti Malaya ataupun Universiti Pendidikan Sultan Idris ataupun Universiti Teknologi Mara, nak ambik jurusan bahasa, pendidikan ataupun komunikasi. Tapi sayangnya,belum pun sempat menghabiskan kelas tingkatan 6 aku dapat kerja tetap dengan kerajaan. Kerjaya yang memang aku minat. Sebab sebelum dpat kerja ni sekarang, ada 3 ujian yang perlu dilepasi sebelum dapat. So, bila dapat aku memang kena terima tambah2 mak ayah dok paksa kata nanti bila dah grad pun susah dapat kerja. dah dapat jangan ditolak.

Tapi aku tetap duduk STPM dan alhamdulillah, keputusannya, agak memuaskan walaupun amatlah tak larat nak kejar pointer kawan aku 3.5 tuh. Yelah gua tak masuk kelas belajar dari bulan Mei 2007, tau tau duduk exam November 2007. Belajar sendiri sambil ada bahan rujukan yang cikgu dari SMK BARU MIRI bagi kat aku. Siap ada yang kasi dari emel. Top tak top cikgu sekolah tu. Tu yang aku sayang sekolah tu. Walaupun nama tak havok, tapi cikgu-cikgu nye memang terhebat lah!!

Dan tahun ni masuk tahun ke-5 yang lepas aku ambik STPM. Dan aku memang dok bertangguh2 nak sambung belajar sebab utama aku nak tunggu pengesahan jawatan untuk kerja aku sekarang. Senang aku mintak cuti belajar sepenuh masa. Tapi oleh sebab peribadi dengan masalah aku yang banyak sangat. Tahun ni aku gagahi jugak nak sambung belajar.

Antara universiti yang aku usha UUM,UiTM,USM,UNITEM. Dan akhirnya aku pilih satu daripadanya. Dan aku memilih Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Multimedia dengan kepujian. Nama kursus gah siot. Gabungan Komunikasi Media dengan Multimedia Grafik gituh. Tapi kakak aku dah sound “jangan nama je gah, tapi belajar gak se gah mana,apa2 pun, i wish you all the best”. Lepas je habis pendaftaran, aku roger semua family aku. Ye lah ayah aku antara induvidu paling menonjol dalam bab2 sambung belajar, bayangkan kalau aku balik rumah, mesti dia dok tanya “ko bila nak sambung stadi??”and thanks to you sbb kasik duit bayar yuran. ngeee~ i love bapak!

Universiti mana aku pilih tu, mesti ada yang dah tahu. Tapi aku tak nak bagitau kat blog. Nanti-nanti la cheq bagitau nok. Tunggu kampus cawangan Petaling Jaya kitorang siap. Skang tengah kongsi2 dengan bebudak matrik UIA. Cuci mata lah gua tengok bebudak solehah UIA ni. keh3.

Apa-apapun, doakan daku berjaya. 4 Tahun beb nak grad.

posted by deennasour in Peribadi, alkisah my journey and have Comments (16)

16 Responses to “Sambung Belajar”

  1. mie says:

    ok…
    gud luck…
    teruskan apa yg diimpikan…  

    (Quote)

    [Reply]

    deennasour Reply:

    @mie,
    hehe thanks wok.
    doakan daku  

    (Quote)

    [Reply]

  2. Janggel says:

    SELAMAT MAJU JAYA
    SEMOGA BERJAYA JADI TOP STUDENT KAT U PULAK! WAKAKAKA~
    AMIN~! ikutlah jejak langkah aku hahahahah~!  

    (Quote)

    [Reply]

    deennasour Reply:

    @Janggel, haha
    akan ku ikut jejak langkahmu itu. hingga ke master  

    (Quote)

    [Reply]

  3. dhanial says:

    goodluck !  

    (Quote)

    [Reply]

    deennasour Reply:

    @dhanial, thanks2  

    (Quote)

    [Reply]

  4. izz says:

    perghhh.. setelah sekian lama. akhirnya. T_T *terharu  

    (Quote)

    [Reply]

    deennasour Reply:

    @izz, itulah pasal  

    (Quote)

    [Reply]

  5. gjul says:

    dan akhirnye ko sambung blaja jughak..wish ol d best utk ko oke..jadi ler top studetn lagik..banggenye cekgu ko kalo die dgr ko sambong blaja lagik.haha  

    (Quote)

    [Reply]

    deennasour Reply:

    @gjul, mmg aku dah msg cikgu2 aku. hehe.  

    (Quote)

    [Reply]

  6. kelly says:

    belajar hingga ke liang lahad bro. No limit~! feel free to add me at FB (if have). search Jezz Khai.. =P  

    (Quote)

    [Reply]

    deennasour Reply:

    @kelly, waaaa hingga liang lahad tu. ok2  

    (Quote)

    [Reply]

  7. Anysz says:

    haha seronok. nnt kte grad sesame. 4 taun lame tu =)  

    (Quote)

    [Reply]

    deennasour Reply:

    @Anysz, tau tak pe.
    sama2 la kite nanti.  

    (Quote)

    [Reply]

  8. PinkyLucia says:

    AKU HARAP KO BELAJAR NGAN BAIK LAA DEEN,.. jangan sia2 kan peluang yng ade.. tak pandai tak pe.. janji kita usaha yg terbaik.. hehehe.. tapi aku tahu ko memang sll usahakan yg terbaik dan ko pandai.. hehehe  

    (Quote)

    [Reply]

    deennasour Reply:

    @PinkyLucia, woah.
    kepercayaan yang menggunung dari akak kite.
    ye ye i will.  

    (Quote)

    [Reply]

Place your comment

Please fill your data and comment below.
Name
Email
Website
Your comment