besarnya jiwaku

Archive for the 'Kaki Wayang' Category

Ulasan Filem : Muallaf

“Semua orang mencari Tuhan, tetapi dengan cara mereka sendiri” ….. Brother Anthony.

“109:6″~Al-Kafirun ayat 6 – “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.

p/s : Entry terpanjang pernah aku tulis. Kalau malas jangan baca. Kalau rajin, jangan sampai terlepas satu ayat!

Ayat di atas antara ayat yang paling melekat atas kepala hotak aku dan menyebabkan tangan aku kuat untuk menaipnya di dalam handphone buat tatapan korang  juga yang belum sempat menontonnya.

Tak banyak filem Melayu yang bertemakan Islam di Malaysia, walaupun Malaysia sebuah negara Islam. Antara yang pernah diterbitkan, Syukur 21, Maut dan itu sahaja yang aku ingat. Filem dari seberang, Ayat-Ayat Cinta, Laskar Pelangi. Tapi selepas tayangan Muallaf dan aku menontonnya, andai kata ada filem lain hebat dipandangan mata korang, ternyata bagi aku Muallaf mencantas kesemua filem-filem itu. Aku merasakan Laskar Pelangi antara filem yang membawa mesej Keislamanan dengan amat lembut dan tersimpul rapi sehingga berjaya menang Anugerah Filem Terbaik baru2 ini. Tetapi selepas menonton Muallaf, ternyata aku merasakan naskah Allahyarham Yasmin Ahmad yang ini, adalah yang paling baik. Read more…

posted by deennasour in Kaki Wayang and have Comments (29)

Filem :: Setem

Thanks to Ajami jemput ke press preview Setem di Gsc Tropicana City Mall. and thanks to Pak Hassan Mutalib bagi aku info lama fasal Filem Negara. *aku dah tau rahsia tempat aku keje. jeng3.

Setem, jilat, lekat,pos.

Sebab filem ini arahan,cerita asal,lakon layar ialah  Kabir Bhatia, makanya, filem ini khabarnya indah, baik,molek, semestinya gempak, walaupun belum ditonton. Semua orang kata tak sabar nak tengok. Dan semua orang bilang mesti citer ni best!! citer ni lain dari yang lain.

Dan apabila menontonnya, bagi aku, biasa-biasa saja. (mampus aku kena ban dari press preview lepas nih)

Wah, bagi aku, antara 3 filem arahan Kabir, filem Cinta adalah terbaik, diikuti Sepi dan terakhir Setem.(sekarang aku tak perlu preview panjang2, sebab melalui hint ayat2 yang aku bagi, kau semua sudah boleh berfikir status filem ini dijiwaku.*eceh)
Read more…

posted by deennasour in Kaki Wayang and have Comments (30)

Filem : Skrip 7707

Apabila ada ura-ura yang kata filem ni dah ditunda 2 tahun tayangannya, sebab sepatutnya filem ni di tayangkan pada 7 hb 7 tahun 2007, aku gelak terkekeh2.

Dan bila dapat tahu yang ada student pengarah nih, dan penonton the making of filem ini menyatakan bahawa filem ini adalah antara filem Prof. A Razak Mohaideen yang terhebat; aku terkedu sambil berkata; waaaaaaaaaa..hebat la. tapi itu semua sewaktu aku belum menonton filem ini. dan selepas menontonnya,

ternyata secara kesimpulannya filem Skrip 7707 adalah seperti sebuah karya assignment budak U jerk. *semestinya aku disumpah seranah oleh kaum kerabat Mohaideen sebab keluarkan kenyataan panas nih.

Dan mungkin kenyataan kat atas tu dah cukup buatkan korang malas nak baca entry ni lagik ataupun ke panggung wayang untuk menonton filem ini. tetapi untuk menambah asam garam review aku ini, suka aku katakan yang filem ini antara filem Prof.A Razak Mohaideen yang tak lah sebodoh atau sekosong filem2 yang lepas terutama sekali Sifu Dan Tongga.

Filem ini mudah, aku dapat bayangkan ketika penulis skrip filem ini sedang menulis dan mencoret ilham, beliau sedang bergoyang kaki sambil menhirup kopi dan tada!!! skrip pun siap!! sebab?? Read more…

posted by deennasour in Kaki Wayang and have Comments (33)

Cuci jangan tak CUCI!!!

Perhatian pengguna CELCOM, anda mesti tengok filem ni cepat!! Sebab ada hadiah HOT tengah tunggu anda dalam panggung tu..!!!!!! Nak tahu, pergi le panggung sekarang!!! Anda akan dapat sesuatu yang percuma dan istimewa..deen tak dapat sebab pengguna Digi dan Maxis :(

Seperti yang dijanjikan, pada 24 Januari 2008 deen akan menyerang Mid Valley untuk menonton filem pertama arahan Hans Isaac bertajuk CUCI… dan tidak seperti yang dirancang, ramai rakan-rakan ada plan lain, cet! Kalau tak, aku ingat dalam 5-6 orang yang join, Shadowx19 pun tak dapat lagi nak join kerna ada kelas yang tamat pukul 6.30 petang sedangkan tayangan pada pukul 6.45 petang…
Senarai yang pergi bersama menjayakan plan deennasour ni ialah Suriya, Ayu dan deennasour…
huh, bosan nyer~
Deen gerak dari tempat kerje sebaik sahaja waktu kerje tamat, naik lrt sampai bangsar sorang-sorang kira-kira pukul 5.30 petang. Dan ketika itu, begitu ramailah orang kat stesen lrt bangsar..deen mati-mati ingat deen berada dalam kesesakan orang Malaysia..tapi tiba-tiba adalah sorang mamat ni, bahasa macam indon, tanya kat mana nak tunggu bas Rapid KL, dan hampir 2/3 orang kat sebelah menyebelah deen tolong jawabkan, isy2..yang jawab tu pun indon juga, mati-mati deen ingatkan orang Malaysia..alamak.rasa di Jakarta plak, deen cubalah jenguk sikit flat kereta yang lalu lalang mana tau tiba2 bleh tersesat ke indon…hehe..


[dari kiri, suriya, deennasour dan ayu, yang pemalu]

OK, deen sampai ke Mid Valley kira-kira pukul 6.15 petang, menaiki bas shuttle free, memang free lah bas tu, tapi kene tunggu 30 minit sekali lah~ lama seh…deen nak tunggu teksi, panjang plak barisan orang yang menunggu [tapi deen tak tau lah tu orang kita atau orang seberang hehe] Dan sampai jerk bertemu lah deen dengan Suriya dan Ayu yang kedua-duanya bersaiz xl dan apabila kami bertiga berjalan seiringa nampak lah seperti dua ekor gajah berjalan bersama seekor pelanduk..[jgn marah Su.. :D ]

Review Cuci!!!
filem ini tak lah mengisahkan kehidupan sekumpulan pencuci atau cleaner menjalani kehidupan seharian..tapi lebih kepada impian sekumpulan pencuci untuk membuktikan kerjaya meraka bukanlah boleh dipandang enteng..ceewah~
Korang tak perlu duduk dengan bosan menunggu babak-babak panjat memanjat kerana kira-kira 15 minit filem ini bermula, dah mula aksi panjat memanjat yang begitu menggayatkan dan mensuspenkan…

Plot dan jalan cerita tak lah memeningkan kepala dengan intro zaman kanak-kanak sedikit mencuit hati dan kemudian sedikit pertelagahan yang sememangnya membuatkan perut anda terasa nak pecah diikuti dengan babak-babak mencuci yang membuatkan anda teringin nak jadi tukang cuci…..serta babak-babak semasa hero-hero filem ini menjalani latihan memanjat yang membuatkan anda rasa begiru suspen walaupun hanya menonton, pandai le kameraman dia ambik angel yang gayat-gayat tu….dan konflik movie ni, haha,, sememangnya membuatkan degup jantung anda terhenti…dup dap dup dap tuuuuuuuuuuuut~
Tak nak cakap apa konflik tu, so tengok-tengok sendiri…..

Apa yang deen suka-suki apabila menonton filem ini adalah skrip nya, mesti korang perasankan, deen ni asyik2 skrip, asyik2 skrip [sebab cita2 jadi penulis skrip]…..
Tidak seperti Anak Halal dengan sumpah menyumpah nya, tidak seperti Kala Malam Bulan Mengambang dengan skrip lawak slumbernya tetapi skrip cerita ini digoreng dengan kiasan peribahasa dan perumpamaan nan indah, serta mutiara kata yang mendalam…..
deen dapat tangkap beberapa

potong skrip antaranya,
its not about the equipment, its all about the people” suka sangat yang ini.

dan skrip perumpamaan seperti,
“hidup ini umpama udang di tengah lautan, merangkak-merangkak di dasar lautan, memakan sisa-sisa orang….bla bla bla…” ala-ala gitu lah bunyinya…..
Tetapi skrip nya tak lah sepower filem Cinta arahan Khabir Bakthiar…tapi deen memang bangga dengan skrip filem ini,,korang pasang-pasangkan telinga yerp!!

Selain daripada pelakon-pelakon seperti Hans,Awie,Afdlin,Ac Mizal, Erra, Umie, Dato Rahim Razali, turut menjadi pelakon undangan ialah Que Haidhar yang tiba-tiba termasuk dalam satu babak yang memang membuatkan seluruh panggung riuh rendah dengan hilai tawa, begitu juga dengan kehadiran Ako Mustafa yang melakonkan watak ehem ehem…nak tau, pergi tengok..hehe….

Kesimpulannya, pergi lah tengok, deen kasi filem ni 4 bintang…. berjaya menewaskan Kala Malam Bulan Mengambang…hehe, tapi ini pendapat deen, deen bukanlah seorang yang profesional tapi hanya persperktif dari kaca mata amatur…. owh ya…
deen cukup2 berterima kasih kepada Syia dan Hamid kerana TAG deen kat blog diorang..tak sangkat Syia minat baca blog deen yang panjang lebar ni. thanks Syia dan Hamid, selamat datang ke dunia blogging…. kalau tak silap dulu Ainul pun ada TAG deen, thanks.. Korang yang belum pergi meziarahi blog mereka bertiga, silalah..
Syia~ nak tau macammana hidup seorang remaja perempuan? yang ini ekslusif..skodeng blog ni!
ainul~ilmu,iman dan amal perlu disamaratakan, tapi bagaimana? pergi ke blog ainul!
hamdi~nak lepak-lepak pasal isu semasa yang ringan2? jom jenguk hamid!

Dan deen nak war-warkan, sapa yang rindukan kisah zaman persekolahan dulu2?
Dan nak tahu cita-cita seorang pelajar yang masih menuntut di sekolah menengah?
korang boleh lah usha-usha blog Razie::unique and different http://www.uniqueanddifferent.blogspot.com/

[tak ramai orang lah hari tu, tak tahu kenapa, sedangkan hari gaji kuar bagi kakitangan awam]

posted by deennasour in Kaki Wayang and have Comments (17)

Kala Malam Bulan Mengambang~

DUIT!!!!! itu perkataan pertama deen pk masa nak tonton filem ni. Almaklum pertengahan bulan ni akan berlaku gerhana matahari, dimana cahaya-cahaya rezeki akan berkurang dan akhirnya gelap gelita poket dari kilauan duit kertas seperti not RM50, yang ada hanyalah rentak lagu cing cing duit syiling..ceewah,intro yang baik!! hehe…
Nah, ada duit looo…so meh meh serang mid valley!!!

[golden screen cinema mid valley mega mall~]

Memang projek last minute, pukul 4.45 pm camtu lah baru terpk nak tengok wayang lepas balas komen cik mimi di post anak halal yang makin hangat..uh uh..erm, tak tau nak ajak sapa, sebab member kebanyakkannya semuanya tengah pokai….dan akhirnya terpk nak ajak member blogger shadowx19 a.k.a acul , akan tetapi ada masalah transport plak bro tu, tak apa, lalu aku bawak lah Zul…..dan yes!! adalah member yang join aku tgk wayang..syoklah gak,,tak lah sorang-sorang…

[deen dan zoul tgh bosan gile sambil makan ais-krim]

Kitorang sampai kat mid valley pukul 6 aik bas free dari lrt bangsar pas tunggu2 teksi tak sampai2.. sampaije kat mid valley terus naik ke gsc beli tiket takut habis sbb ari ni jumaat adalah hari yang kedua, so movie ni still fresh lagi… maka berlakulah peristiwa lari-lari anak nak cepat sampai… dalam keghairahan untuk mendapatkan tiket, sampai je kat gsc, ek eleh,,,,,lengang beb, tak ramai orang, buat penat je nak laju-laju sampai kan…cet…

[tengoklah. betapa lengang nyer, korang bleh baring-baring lagi kat situ]

Tiket berharga RM10 termasuk duti hiburan sekali campur daa…. deen pilih tempat duduk 2 dari belakang, tak lah sakit tengkuk nak mendongak macam tengok cerita Enchanted tempoh hari dengan suriya….tempat duduk no.12 & 13 dan tayangan pukul 7.oo pm……

Tepat pukul 7.00 petang,,,maka bermulalah kisah Kala Malam Bulan Mengambang sebuah filem eksperimentasi Mamat Khalid yang berkonsepkan Komedi Seram hitam putih yang dibintangi oleh Rosyam Noor, Umie Aida, Farid Kamil dan deennasour sebagai penonton daaaa…..hehehe.. dan inilah review deennasour secara tak berapa detail dan semestinya tak pro…..sekadar lontaran perasaan dan idea kreatif penonton amatur yosh! Mamat dan konco-konconya jangan lah ambik hati~

Filem ini mengisahkan seorang bekas wartawan[rosyam noor] yang pergi menyiasat satu kes kehilangan pemuda-pemuda di sebuah pekan…….maka bermacam-macamlah peristiwa yang belaku, baik seram, komedi, romantis, epik, triller, fantasi, aksi, patriotik dan bermacam-macam lagi, pendek kata, semua genre di adunkan ke dalam filem ini…amcam hebat tak korang rasa filem ni?

Jalan cerita dan plot serta olahan filem ini, erm erm, agak perlahan sehingga membuatkan filem yang berdurasi hampir 2 jam ini dirasakan seperti 4 jam sama seperti filem hindustan… tapi yang bestnya, filem ini membuatkan anda tertipu dan deen juga dah terkena, tipah tertipu bang!! Mana tidak nya filem yang pada mulanya menyelongkar kisah kehilangan yang kononnya berpunca daripada jembalang tetapi kemudian Rosyam Noor berjaya mendapat jawapan kehilangan itu selepas menangkapan ahli kumpulan komunis yang telah menculik pemuda-pemuda yang hilang itu. Dan selepas penangkapan komunis tu, kesemua persoalan pada awal cerita telah terjawab dan Rosyam Noor dan penduduk pekan itu berpesta seakan-akan filem ini sudah mencapai peringkat peleraian iaitu dah nak abis.. dan dalam hati deen, “laaa,, ingatkan cerita hantu, tapi cerita komunis pula…cis”

Tetapi, tiba-tiba dalam kekecewaan deen itu, Rosyam Noor tiba-tiba hairan, kerana ada lagi pemuda yang tak dijumpai, kerana yang dijumpai tak semua, dan bermulalah sound effect seram memenuhi panggung..jeng jeng jeng… Deen yang tadi kecewa sebab cerita ni pasal komunis kembali bersemangat nak tengok..hehe..tipah tertipu rupanya..pandai mamat khalid mengelirukan penonton dengan mengalihkan fokus kita dan barulah bermula penyiasatan Rosyam Noor yang lebih mencabar dan kelakar….

Dan bermulalah konflik kedua filem ini yang membuatkan kepala otak kita ligat brfikir siapa yang menculik pemuda pekan itu… dan dan dan..akhirnya Rosyam Noor berjaya mendapat petunjuk kehilangan pemuda itu dan tidak semena-mena satu babak yang memecahkan kepala otak deen dan memecahkan perut deen berlaku pada klimak kedua filem ini….hahaha… korang boleh bayangkan bagaimana kalau filem Waris Jari Hantu dan filem Jangan Pandang Belakang dicampurkan..begitulah babak ini..hahahaha..lawak giler!!! Deen tak nak bagitau ending cerita ni..sebab tak suprise lah nanti kan, nak tau tengok sendiri….

Tulah serba sedikit ceritanya..pening tak? Dalam filem hitam putih ni, korang boleh jumpa berbagai-bagai filem lain didalamnya, samaada sengaja dicedok atau secara tidak sengaja mempunyai persamaan tetapi persamaan itulah yang membuatkan anda tersenyum apabila menonton filem ini..hahaha..seronok tak bunyinya? Antara filem yang tersangkut kat Kala Malam Bulan Mengambang ini adalah seperti filem James Bond, American Airwolf, Romeo and Juliet….itu untuk filem omputih. kalau filem melayu pula Laila Majnun[filem lama da] Jangan Pandang Belakang, Waris Jari Hantu, Pontianak Harum Sundal Malam, Zombie Kampung Pisang, dan tak lupa juga cerita yang Allahyarham Hani Mohsin tu..apa nama dia Jimi Asmara ke apa..ha…korang boleh lah berimaginasi bagaimana rupa filem ini….syok atau tak… yang pasti, apabila mula saja cerita ini, wah!!!!! deen rasakan berada pada era sebelum merdeka, mana tak nya, filem tak ada warna, hitam putih….

Skrip filem ini, adakalanya tercampur dengan bahasa moden kita hari ini, mungkin itu adalah lawak semata-mata yang nak ditonjolkan, tapi sememangnya, korang mesti korek telinga sebelum menonton filem ini, sebab skripnya memang lawak terutama apabila watak Rosyam Noor dan Seorang lelaki india berlangsung… dan untuk pelajar-pelajar tu, filem ni memang banyak sangat peribahasa yang digunakan seperti “sarang lain boleh di jolok, sarang tebuan jangan dijolok” , “kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga” dan “barang seinci takkan boleh jadi 7 inci” hahaha….. ada yang peribahasa diorang main tibai ja,,,lawak-lawak….

so…korang sekarang boleh lah berkira-kira nak tengok filem ni kat panggung atau tak, nak beli cd ori atau cetak rompak…. tapi deen galakkan korang tengoklah kat panggung sebab feel dia tu..wah..memang seronok ditambah dengan sound effect memang seakan-akan filem lama macam tengok filem P.Ramlee…..dan nak tau, masa kuar dari panggung, deen masih lagi gelak, sbb filem Mamat Khalid ni memang gila!! sewel kita di buatnya~

posted by deennasour in Kaki Wayang and have Comments (55)