besarnya jiwaku

Archive for the 'Peribadi' Category

Al-Fatihah Buat Adriana Syifaa’

Salam semua. Blog aku update kali ini membawa cerita yang sedih. Ya, syawal tahun lepas kami sekeluarga telah menyambut raya dengan gembira setelah lahirnya anak ke-5 kakak aku yang no.2 yang aku panggil Kak Eja. Akak aku sebelum ini mempunya 2 orang anak perempuan, dan anak ketiga terpaksa digugurkan atas nasihat doktor dan keizinan ibuku. Dan anak keempat pula lelaki. Dan yang baru lahir Syawal lepas yang ke-5 paling bongsu.

Tetapi kegembiraan kelahiran anak kecil itu hanya seketika apabila doktor mengesahkan ada yang tidak kena dengan jantung anak kecil itu. Manusia normal mempunyai 4 injap jantung untuk mengepam oksigen dan darah keseluruh tubuh. Tetapi, anak kecil yang diberi nama Adriana Syifaa’ yang bermaksud “penyembuh” itu mempunyai 3 injap jantung. Dimasukkan ke wad ICU buat beberapa hari dan kemudian dinasihatkan untuk dibawa pulang ke rumah.

Kak Eja tinggal di Bintulu, Sarawak, 3 jam dari Miri, Sarawak tempat tinggal kami sekeluarga. Doktor tidak mampu berbuat apa-apa. Jika jantung berlubang, boleh dibedah dan ditampal. Tetapi jantung yang tidak lengkap, hanya Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah setelah beberapa hari dibawa ke rumah, Adriana Syifaa’ bernafas seperti biasa.

Ketika aku di Miri untuk pulang berhari raya. Ibuku bergegas mengajak aku ke Bintulu untuk melihat anak buahku paling bongsu itu, dan cucu paling bongsu ibuku. Aku berkesempatan menatap wajahnya. Tetapi untuk mengambil gambar bersamanya. Aku tak sanggup. Aku tahu dia sakit. Sakit yang boleh dianggap kritikal. Aku sudah memikirkan bukan-bukan. Bagaimana anak kecil itu dapat teruskan hidup dengan jantung yang tidak sempurna? Bagaimana jantungnya yang kurang lengkap boleh menampung kehendak fizikal badan yang makin membesar dan dewasa??? Read more…

posted by deennasour in Peribadi, alkisah my journey and have Comments (2)

Sambung Belajar

Sebelum tu, baca dulu sejarah pendidikan aku ni;

Actually dalam planning hidup aku sejak tahun 2004, aku akan menyambung pelajaran dalam bidang diploma penulisan skrip, atau seni persembahan. Dan aku menolak habis-habisa untuk menjadi cikgu seperti yang disuruh oleh mak ayah aku. dah cukup 3 orang kakak aku jadik cikgu dalam pelbagai peringkat persekolahan.

Tapi lepas keputusan spm keluar, ya ya aku hanya cemerlang teramat dalam subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. So, gagal untuk menempatkan diri dalam mana2 ipta mahupun institut perguruan. Aku tak ada nafsu untuk try second intake. Aku cuba untuk beralih kepada ipts seperti Kolej PTPL yang agak glamour mencari student pada 2006 itu.

Tapi, keluarga aku bukan jenis orang yang senang lenang je nak membuang duit yang amat banyak untuk mmbayar yuran ipts yang sah-sah la berpuluh beribu-riban. Sampai satu masa aku stress tak nak masuk tingkatan 6 dan lari dari rumah untuk satu malam. Lari tak jauh, ke sekolah aku, lepak dengan cikgu teater aku. Masa tu junior2 aku tengah berlatih nak masuk pertandingan sketsa. Hoh, agak sedih gak ah masa tu. tengok orang pun cam nak makan orang.

Read more…

posted by deennasour in Peribadi, alkisah my journey and have Comments (16)

Giliran Side Mirror Pulak!

23 Disember 2009, side mirror motor aku hilang! dua-dua belah. kiri dan kanan! Tempat kejadian sama dengan tempat motor aku hilang. Kawasan rumah sendirik! Gua sedar bila nak turun kerja.

Usha2 motor macam lain macam. sekali motor dah takder side mirror. Yang ada sekeping nota kecik yang digulung diletak kat dalam lubang sidemirror. Dan tertulis;

” kau punya side mirror hilang jugak ke? babi betol la diorang ni! – WTC 474* “

Nota tu aku tahu dari siapa. brader yang tinggalkan nota tu brader yang pakai moto yamaha lc warna hitam gold sebijik macam aku punye. kitorang dua salu parking sebelah2. tapi plat moto aku WTD,die punye WTCMemang geram beb. Hilang lagik barang gua sejak pindah ke Damansara ni. Aku rasa damansara ni memang tempat ramai penyangak la.

Read more…

posted by deennasour in Peribadi and have Comments (25)

deennasour kembali.

Salam rindu pada kalian! haha. Lama gile gua tak on9 beb. Antara sebab utama gua tak on9 adalah

GUA PUNYA ENTRY2 LAMA KAT BLOG LAMA deennasour.terbaek.com TAK LEH NAK BAWAK MASUK KAT BLOG BARU NI. DATABASE LAMA TU ADA, TAPI DALAM FORMAT “SQL”

Seriusly gua tak reti nak buat pe dengan menda alah tu. if korang tau, gtaw lah aku caranye.So, disebabkan tu lah gua rasa cam down gile nak update blog, jiwa kosong gile. ye ah entry 2 tahun hilang cam tu je. tak rasa cam hilang bini ke. korang dah main dengan dia 2 tahun, alik2 ilang, tak ke sangap?? hahhaa. camtu lah kire rasa nye kehilangan tu. wakaka.

k k gua tau lu orang rindu gile ngan gua. gua pun rasa camtu. bila gua tgk citer teletubbies kat youtube gua ingat kat anysz, bile gua ternampak lipas, gua ingat izzudin, if korang ingat lagik la citer lipas kat port dickson kitorang gathering dulu. gua tak leh linkkan entry tu, sbb dah hilang. if gua tgk citer gerak khas, gua terbayang brader kreguer. hehe. gua penah cakap muke dia cam polis beb! haha. sama gaklah dengan yang lain.

rindu gile kat korang weh. kat nikillas, aarch, gjul, pinkylucia. gua rindu kat kak ecahkoop , cikinot and adik dia nimania. sapa lagik gua tak sebut kat sini? janggeltrekking?? ah ko tak yah, tiap2 minggu kuar same tgk wayang. kah3.
rindu kat insan yang gua kenal dulu dengan name pemburu arnab. and sape2 lah yang salu singgah blog gua yang lame dulu. tak dapat nak senaraikan sume kat sini. tak yah touching kecik ati lah ek name tak tersenarai.

macam2 gua nak citer dgn korang ni weh. tapi biarlah gua update kat korang citer gua yang terpenting dulu so korang bleh update balik dengan gua kan. yang tak penting tu, kite facebooking je. kalau korang add aku kat facebook, korang tau la alkisahnyes dirikus inis…. yezaaaasss.
Read more…

posted by deennasour in Peribadi and have Comments (29)

Kisah Motorku Yang Hilang.

Mungkin ada yang dah tahu. Mungkin ada yang belum tahu. Tapi kalau geng bloggers atau pembaca setia or silent readers blog deennasour ni mesti masih tak tau. almaklum, lepas je deennasour keluar dari hosting terbaek dot com, berdiri bawah hosting sendirik, readers menurun tambah b4 nih blog bawah terbaek dot com down berbulan2. antara Bloggers yang tahu kisah moto ilang, Kreuger, Khai, JanggelTrekking,Izzudin je kot. Yang lain wallahualam. macammana diorang tahu, melalui sms, takpun myspace or facebook.
Al-kisahnya…

1.30 pagi : aku baru balik dari jalan TAR membeli baju melayu yang dibeli dengan harga RM110. mahal siak. then
aku dengan confidentnya letak le baju melayu tuh bawah seat motor sebab kang aku letak dalam bakul melayang ditiup angin. gua kalau dah moto 125, bawak la pecut 125, takkan ko nak bawak moto 6okm/j je kot. agak2 la, tak pasal2 kena gelak minah scooter.

Read more…

posted by deennasour in Peribadi and have Comments (31)