besarnya jiwaku

Ulasan Filem : Muallaf

“Semua orang mencari Tuhan, tetapi dengan cara mereka sendiri” ….. Brother Anthony.

“109:6″~Al-Kafirun ayat 6 – “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.

p/s : Entry terpanjang pernah aku tulis. Kalau malas jangan baca. Kalau rajin, jangan sampai terlepas satu ayat!

Ayat di atas antara ayat yang paling melekat atas kepala hotak aku dan menyebabkan tangan aku kuat untuk menaipnya di dalam handphone buat tatapan korang  juga yang belum sempat menontonnya.

Tak banyak filem Melayu yang bertemakan Islam di Malaysia, walaupun Malaysia sebuah negara Islam. Antara yang pernah diterbitkan, Syukur 21, Maut dan itu sahaja yang aku ingat. Filem dari seberang, Ayat-Ayat Cinta, Laskar Pelangi. Tapi selepas tayangan Muallaf dan aku menontonnya, andai kata ada filem lain hebat dipandangan mata korang, ternyata bagi aku Muallaf mencantas kesemua filem-filem itu. Aku merasakan Laskar Pelangi antara filem yang membawa mesej Keislamanan dengan amat lembut dan tersimpul rapi sehingga berjaya menang Anugerah Filem Terbaik baru2 ini. Tetapi selepas menonton Muallaf, ternyata aku merasakan naskah Allahyarham Yasmin Ahmad yang ini, adalah yang paling baik. Read more…

posted by deennasour in Kaki Wayang and have Comments (29)